Thursday, December 8, 2011

Berpegang pada 'Itu tidak menyelesaikan masalah'

Apabila timbul satu-satu isu masalah masyarakat yang ada kaitan dengan hal-hal agama, dan ada cadangan bagaimana menyelesaikan masalah itu, mereka ini akan berkata "itu tak akan menyelesaikan masalah". Mereka ini berpegang pada konsep bahawa satu masalah hendaklah diatasi dengan satu idea penyelesaian. Kalau satu cadangan penyelesaian itu boleh sedikit sebanyak menolong menyelesaikan sebahagian masalah, mereka akan menolak mentah-mentah cadangan itu. Mereka mahu satu cara saja penyelesaian. Biasanya pula, mereka bukanlah pihak yang memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah, malah seringkali satu cadangan pun mereka tak ada kemukakan. Mereka hanya menentang cadangan orang lain. Lebih-lebih lagi kalau cadangan orang lain itu melibatkan hal-hal yang menyentuh sensitiviti agama Islam. Inilah sikap hipokrit orang-orang sekular.

No comments:

Post a Comment